Assalamualaikum
& Salam sejahtera
Selamat datang..
Langkawi terdiri daripada sekumpulan
99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih
kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah. Pulau utama dikenali
sebagai Pulau Langkawi. Pulau-pulau ini mempunyai warisan mitos dan lagenda
yang menarik, antaranya ialah kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan
puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta. Mitos yang sering dikaitkan dengan
Langkawi Pulau Lagenda ialah Mahsuri Wanita berdarah putih.
Langkawi telah dianugerahkan status
"Geopark" oleh UNESCO, untuk keindahan warisan geologinya, yang
terdiri daripada landskap yang indah, binaan batu kapur, gua, gerbang laut,
longgokan rumput kering, batu tinggalan glasier dan fosil-fosil. Dengan sejarah
geologi sejak dari 500 juta tahun lalu, pulau-pulau ini mempunyai formasi batu
unik yang membangkitkan imaginasi dan mengelirukan minda.
Langkawi adalah tempat yang sesuai untuk merehatkan
minda setelah penat bekerja bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukan kota.
Nikmatilah aktiviti berasaskan alam semulajadi, atau bersantai di tepi pantai.
Terdapat juga beberapa tempat-tempat menarik yang boleh dilawati bagi pengemar
untuk melihat keindahan sekeliling Pulau Langkawi. Senyuman lembut dan layanan
mesra akan menawan anda. Datanglah ke Langkawi untuk percutian yang lain
daripada yang lain.



No comments:
Post a Comment